Baby Zahwa dan Baby Rania.

Hey Ladies,

I balik dari London, dah ada 2 anak buah.
Yes, I feel so old now.
Tapi still cute la. Hihihi.

Ok, tanpa buang masa, mari I kenalkan Nur Zahwa.
Lahir 1 January.
Dia macam ahli sukan sikit sebab suka main bola walaupun masih tidak pandai berjalan.
Asal I datang je, ajak main bola.


Sebelah Zahwa itu, Momo dia.
Momo dia sahaja yang dia kiss.
Mummy dia (Jihan cute ni), dia tak mahu kiss, susah nak kiss orang.

Now, mari berkenalan dengan Nur Rania.
Lahir 25 January.
Ya, mereka lahir pada bulan yang sama.
Tapi Rania tetap kena panggil Nur Zahwa, Kak Wawa. ;)

Rania ini susah nak pergi kat orang lain.
Bila dia dah kenal baru dia nak.


I geram sangat dengan si kenit dua orang ni.
Selalu I gigit pipi mereka. Hihihi.
Kulit pun lembut je.
Bau baby sentiasa.

Allah jadikan baby ni semua comel supaya disayangi dan dilindungi.
Mummy doakan Zahwa dan Rania jadi anak yang solehah ye sayang.
Mummy loves you both so much.

Comments

Popular Posts