Hmmm... Randomly from my heart..

Assalamualaikum Ladies...
Oppss...
I rasa tak sesuai dah ladies untuk di fokuskan sebab kawan2 dari kaum lain pun ada yang membaca juga.. Tapi.....
I nak jugak sebut LADIES! hahaha.... Annoying betul...

Baiklah, sesiapa yang pernah rasa rindu?? Sila jawab senyap2 di dalam hati ok? Rasa sayang?? N rasa cinta??? Ok, makin sayang, kuat sikit menjerit dalam hati tu.. Jangan sampai terkeluar dari mulut.. Hehehe.. People will look at you and say "Chi Si maa!!"

Eh, kembali pada landasan ye..
Tahukah readers bahawa rasa rindu, sayang dan cinta itu berbaloi untuk anda luahkan..
Ini kerana anda telah mencerahkan masa depan orang lain, dengan bahasa yang sesuai nya, "You enlighten other person".. Bangga kan?

Contohnya, tiba2 anda text mummy or daddy, cakap, "Rindu la...Hahaha", even at first they will thought, main2 anak kita ye..tp deep in their heart, eh,,,rindu pulak kat Jihan comel ni.. Terus, received call from that person dan borak2 sambil terbahak2 bahagia sungguh.. See?? Simple kan untuk contribute pada orang lain..

Xde gambar I text my parents la.. Haha

Baiklah2, contoh lain pula bila tiba2 anda yang selama ini tak pernah la nak puji member baik sendiri, yela, nama pun member, bila lagi nak kutuk kan? Huhu... Sudah2, apa salahnya, sesekali anda mms gambar dia yang buruk giler and cakap, rindu nye! Member pun terpinga2 and tersengih macam kerang busuk sepanjang hari.. Stress semua hilang tau.. Magic kan?? Kuang-kuang..

Ehh,,rindu la saat remaja I.. Kahkah..

Tapi ye...
Kalau rindu, sayang dan cinta yang tidak pada tempat yang sepatutnya, ehheemmmm... Paham2 la.. Jadi, jangan lupa luahkan 3rasa ini dengan doa, dengan amalan.. Makan ikan siakap masak 3rasa pun sedap jugak.. Hakhakhak! Panggg sekali...

Kenapa ye readers I sebut isu ni? Sebab..... Kita cenderung untuk memendam perasaan walaupun kita rasa dia layak untuk menerima pujian, jadi...kita mulakan dulu dengan ucapan yang senang untuk difahami oleh seluruh alam.. Ok, saya rindu semua.. =)


P/s: Terima kasih kepada Kak Ita, coz u lighten up my day and start to continue my journey in blogging today.. Hahaha... 

Comments

  1. tgk gmbar klas tu series ingt zaman mude remaja..wink2 *_-

    rindu kamu jgk..hohoho

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts