Dear Me, Myself and Ladies

Assalamualaikum Ladies,

Perit ke mencari rezeki?
Sakit ke menuntut ilmu?
Sedih ke bila cuba untuk bersabar?

Jom dengar I membebel,

Suatu masa dahulu (huhu,,,tua sangat bunyi nya),
I rasa tak sabar nak habiskan MRSM,
Rasa terkongkong sebab MRSM macam typical sekolah Agama,
Kena pakai socks, pakai handsocks, baju labuh2, and banyak lagi rules,
Then bila dah masuk Universiti,
I rasa tak sabar nak kerja,
Sebab I rasa penat belajar,
Bertahun-tahun hadap buku berat2, ayat berjela2, macam2 theory and calculation,
Then bila dah kerja,
I rasa rindu nak lalui semua zaman ni balik,
Sebab I tau bila dah kerja,
U tak akan boleh berpatah balik,
Sebab U dah ada tanggungjawab,
Tanggungjawab dekat kerja, family dan kawan2 jugak,
Dan masa ni,
U tak boleh rasa nak putus asa,
Pahit ke manis ke,
Kena kuat dan hadap semuanya,
Ya memang rindu rasa nak ponteng prep sebab nak makan maggy, fly makan mee goreng kedai makcik bawah bukit lepas tu kantoi buta2 ngan warden, ponteng kelas sebab nak tengok drama and etc (sungguh la takde matlamat ketika itu..huhuhu £%"?*)

Bila dah kerja,
Mana boleh ponteng2 macam tu,
Masa jadi sangat berharga,
U bergaul dengan semua golongan,
and Along the way,
Kita akan faham kenapa Allah panjang kan umur kita lagi,

Untuk buat kita bersyukur,
Untuk beri kita masa,
Ye, kita pernah belajar ilmu agama tapi dulu zaman sekolah,
Ye, kita pernah baca itu, ini, tapi dulu,
Semua dulu,
Semakin kita faham,
Semakin bercucuran air mata ini,
Rasa banyak peluang tersia2 begitu saja,

Dear Me, Myself and Ladies,
Semoga hati2 kita kuat istiqomah mencari Hidayah Allah,
Syukur nikmat kita lahir sabagai Islam,
Tapi apa itu Islam yang sebenar?

Semoga Allah sentiasa memberi pelindungan buat I dan Ladies di luar sana.



P/S: Bergembiralah orang yang beriman. Itulah janji Allah.


Comments

Popular Posts